Isnin, 30 Mac 2009

HIDUP DIPERANTAUN


LONDON..Satu kota yg besar dimana disini mulanya hidup aku sebagai anak perantau.Merantau untuk tujuan menuntut ilmu.Hidup seorang diri di tengah2 kota yg sebok dengan asakkan jutaan penduduknya.Hidup aku disini sebatang kara.Tanpa mama,papa,adik2 dan teman2.Hidup yg mulanya aku rasakan akan buatkan aku jadi gila.Tapi lama kelamaan aku perlu akur bahawa aku kesini untuk menuntut ilmu.Satu amanah yg mama dan papa berikan untuk aku.Mula hidup aku disini susah,terlalu susah dan sukar untuk aku gambarkan pada semua.Hidup yg hanya bergantungkan duit bulanan yg mama dan papa kirimkan.Itu pun kadang2 x mencukupi.Hari demi hari yg aku lalui mengajar aku,betapa beruntungnya aku yg masih mampu untuk menyuap nasi kemulut berbanding org lain yg lebih daif dr aku.Aku bersyukur dengan apa yg TUHAN berikan.Hari2 yg aku lalui tanpa mama dan papa susah untuk aku terima sebenarnya.Tapi dengan kekuatan yg TUHAN berikan aku masih disini.Berbulan aku disini akhirnya aku mendapat kerja.Dari situ mulanya hidup yg lebih bermakna buat diri aku.Aku perlu bekerja dan dlm masa yg sama aku masih menuntut.Membuat 2 kerja dlm satu masa bukan mudah.Tapi,dengan kekuatan yg aku ada,aku berjaya sesuaikan diri aku.Siang belajar dan malam bekerja.Itulah rutin harian aku sebagai anak perantau yg hidup dikota yg penuh mencabar nie.setelah setahun berlalu.Hidup aku seperti biasa,tapi suara mama,papa dan adik2 sentiasa terngiang2 dicuping telinga aku.Hanya suara mereka yg selalu membuatkan aku lebih kuat berada disini.Winter bertukar spring,summer bertukar authum, sudah hampir 2 thn aku hidup disini bersendiri.Aku hampir tamat pengajian aku.Tapi itu x bermakna aku berjaya.Masih ada banyak lagi yg perlu aku carik disini untuk teruskan hidup dan capai masa depan aku.Aku berjanji pada diri aku sendiri,aku hanya akan pulang ketahan air bila aku benar2 berjaya.Pada mama,papa dan adik2,kalian semua amat berharga pada aku.Hanya doa kalian diluar sana yg mampu menguatkan aku untuk terus hidup di kota yg penuh dengan cabaran ini.

1 ulasan: